#hope

"Bila susah baru cari Tuhan, kau loser weh."

"Kau tu? Buat aku rasa bersalah seolah-olah aku ni kaparat sangat menagih chenta Tuhan saat aku jatuh. Kau tak rasa kau loser bila menjatuhkan pengharapan orang lain terhadap Pencipta?"

Ya. Kadang- kadang bila susah baru cari Tuhan. Bukan kadang-kadang, memang selalu.

Tahu realitinya kenapa? Sebab bila kita senang, semua manusia mahu bersama kita, segala nikmat ada disisi. 

Tp bila kita susah, Tanpa kita sedar Tuhan menarik satu per satu manusia yang ada disekeliling kita.
Supaya yg tinggal saat itu cuma kita dan Tuhan.

Jadi saya nak tanya satu persoalan. Adakah kembali kepada Tuhan meski ketika susah itu perkara yg loser? Atau masih bongkak dan ego tidak mencari Tuhan saat susah itu lebih loser?

Allah tidak pernah memandang manusia yg kembali kepadanya dgn rasa kehinaan.
Jadi knp kita pandang hina bila ada manusia yg cari Allah bila susah?

Kadang-kadang Allah mahu didik kita. Mencari Allah saat susah supaya kita sedar suatu hari nanti bahawa kesenangan yg dtg adalah kerana kasih Pencipta merawat kita ketika susah.

Kembalilah. Meski kamu berpaut pada Allah ketika susah dan melupakanNya ketika senang. Kerna suatu hari nanti akan hadir rasa hakiki yg membawa kamu kpd chenta Ilahi meski ketika senang mahupun susah. 

Tetaplah teguh percaya kepada sebuah harapan.

No comments:

Instagram